Rabu, 12 Oktober 2011

AKSI bagi Kawasan Brunei III

Khamis, 6hb Oktober 2011, AKSI bagi kawasan Brunei III telah berlangsung di SR Katok A. Tetamu Kehormat pada acara petang itu ialah Cikgu Hj Zulkifli bin Hj Ladis, Pemangku Penolong Pengarah Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Juga hadir ialah JAPSER Brunei III, Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III.

 Acara dimulakan dengan pemanasan badan serta senamrobik dan diikuti dengan berjalan kaki mengelilingi kawasan perumahan Katok A.












Foto: Cikgu Zulkhairi Zainal (SR Katok A)         Cikgu Md Zuno (SR Rimba 1)

Ahad, 9 Oktober 2011

Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil & Penyampaian Derma Anak Yatim Bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Zon Brunei III Bagi Tahun 1432H / 2011M

Khamis, 11 Ogos 2011, Badan Keugamaan, kebajikan dan sosial JAPSER Brunei III, telah mengadakan satu aktiviti berkebajikan iaitu Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Kawasan Brunei III. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Haji Zakaria bin Hj Duraman, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Brunei III, Bahagian Pendidikan Rendah , Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai, seterusnya ucapan daripada Pengerusi JAPSER BR III, Yang Mulia Cikgu Ayerman bin Hj Kahan. Majlis diikuti dengan bacaan Surah Yaasin oleh Ustaz serta Tahlil yang diketuai oleh Ustaz Hj Salleh bin Hj Nassir, Guru Ugama SR Tungku.

Seterusnya penyampaian derma kepada anak-anak yatim daripada Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III, yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Seramai 74 orang anak-anak yatim telah menerima sumbangan Derma daripada JAPSER Brunei III serta seluruh warga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III. Acara pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat.






 




Rabu, 13 April 2011

Sesi Perkongsian Ilmu Tahun 2011

 Dewan Sukma Indera


Pada 2 April 2011 bersamaan dengan 28 Rabiulakhir 1432, berlangsungnya majlis sesi ilmu bagi Japser Brunei III yang bertempat di Dewan Sukma Indera, Sekolah Rendah Brunei III.

Acara pada petang itu dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh Awg Hj Daud HJ Butir dari Sekolah Rendah OKSB Kilanas. Acara seterusnya disambung dengan penyampaian sesi kongsisama ilmu bertajuk "F 100" yang disampaikan oleh Cikgu Hjh Halina Hj Menudin (Guru Besar SR HMJM Kiulap), Cikgu Hjh Taibah Hj Ahmad (Guru Besar, SR Datu Ratna Hj Muhammad, Kiarong), Cikgu Dzulbaharin Hj Sulaiman (Penolong Guru Besar II, SR PPSD Sahibul Bandar, Gadong) dan Cikgu Hjh Siti Mariam Hj Mohd Hashim (Penolong Guru Besar II, SR Rimba II).

 Cikgu Dzulbaharin Hj Sulaiman
(Penolong Guru Besar II, SR PPSD Sahibul Bandar, Gadong)



 
Tetamu Kehormat : 

Cikgu Hj Zulkifli Bin Hj Ladis
Pemangku Penolong Pengarah Rendah

Selasa, 5 April 2011

Kejohanan Badminton JAPSER BR III, 2011


Isnin, 14hb Mac 2011, Jam 2 petang, berlangsungnya acara kejohanan badminton peringkat akhir, bertempat di Dewan serbaguna Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, Kampung Perpindahan Mata-mata Gadong.



Johan keseluruhan disandang oleh Sekolah Rendah Rimba I. Naib Johan jatuh kepada Sekolah Rendah Kilanas. Manakala tempat ke-tiga disandang oleh Sekolah Beribi Telanai. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Haji Momin Bin Tujoh.


Jumaat, 25 Februari 2011

Pengagihan Bendera Brunei

Isnin, 14hb Februari 2011, Pengagihan bendera-bendera kecil Brunei kepada murid-murid SRPPSDSB oleh Yang Mulia Cg Pg Zaiton Pg Hj Salleh, Guru Besar, SRPPSDSB. Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan Brunei dan beberapa lagu-lagu Patriotik.