Ahad, 9 Januari 2011

Baginda Sultan berkenan kurniakan nama cucunda

Baginda Sultan berkenan kurniakan nama cucunda
Oleh Salawati Haji Yahya

Gambar Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. - Gambar Infoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan - Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini Yang Amat Mulia Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana Pengiran Haji Alauddin bin Pengiran Paduka Tuan Pengiran Haji Abu Bakar, Grand Chamberlain mengumumkan bahawasanya Baginda Sultan dengan amat sukacita telah mengurniakan nama kepada cucunda Baginda yang telah selamat diputerikan pada hari Ahad 28 Muharam 1432 Hijrah bersamaan 2 Januari 2011, jam 10.47 malam dengan nama Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah binti Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah.
Baginda Sultan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, Pengiran Muda Mahkota, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta Kerabat Baginda dengan sukacita mengurniakan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat semasa meluaran tersebut dan juga kepada semua yang menyembahkan perutusan tahniah dan ucap selamat berikutan dengan selamatnya meluaran tersebut.

Maklumat orang ramai bantu polis berkas dua pencuri

Maklumat orang ramai bantu polis berkas dua pencuri
Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Jan - Polis pada 26 Disember lalu telah menerima laporan mengenai kejadian curi yang berlaku di salah sebuah kedai di Jalan Kumbang Pasang dan hasil maklumat daripada orang ramai, polis berjaya memberkas dua lelaki tempatan berusia 39 dan 42 tahun.
Siasatan polis terhadap kedua-dua lelaki terbabit telah membawa kepada penemuan mini motosikal, set televisyen dan silinder gas memasak, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Perhubungan Awam Pasukan Polis Diraja Brunei hari ini.
Kedua-dua tertuduh sudah pun dihadapkan ke Mahkamah pada 6 Januari lalu dan didakwa mengikut Seksyen 380, Kanun Keseksaan Jenayah yang memperuntukkan penjara bagi suatu tempoh sehingga tujuh tahun dan denda.
Kedua-dua tertuduh telah diberi jaminan mahkamah sebanyak $3,000 dengan seorang penjamin tempatan.
Polis dalam kenyataannya turut mengucapkan terima kasih atas bantuan orang ramai yang memberi sokongan kepada agensi penguatkuasaan undang-undang dalam sama-sama menjaga kesejahteraan dan keselamatan negara ini.

Happy New Year

Jumaat, 5 November 2010

SR Rimba II mendaoat tempat ke-2 dalam puisi Islam

Pusat Dakwah Islamiah dan Radio Televisyen Brunei setiap tahun menganjurkan pertandingan Puisi Islam dan Nasyid bersempena bulan Ramadhan iaitu Rancangan Tv Ihya Ramadhan. Dan pada tahun ini penganjur membukakan pertandingan kepada murid-murid sekolah rendah seluruh negara di mana pertandingan ini dirakam dan dipertontonkan sepanjang bulan Ramadhan yang lalu melalui Saluran TV Brunei.


Syukur Alhamdulillah hasil daripada sokongan dan kerjasama semua warga Sekolah Rendah Rimba terutama sekali kepada guru-guru pengawas iaitu Cikgu Hjh Kartika Hj Othman ( guru ICT), Ustazah Erny Azrena bt Hj Hassan ( Ketua Guru Ugama ), Ustazah Nur Ezatul Farisah bt Hj Budiman ( Guru Ugama ) dan Cikgu Hj Isa bin Hj Bini ( Tenaga Pengajar ) serta murid-murid perempuan tahun 4 dan 5 yang telah bertungkus lumus menghasilkan persembahan yang terbaik.
Daripada 11 buah sekolah yang turut serta dalam pertandingan Puisi Islam, Sekolah Rendah Rimba II telah mendapat NAIB JUARA dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah $750 dan piala trofi serta sijil.
Sekolah ini telah memilih puisi yang bertajuk : Ikhtibar dan Peringatan, yang mengisahkan mengenai Tsunami yang banyak memberikan pengajaran kepada umat Islam.. dan puisi ini juga disertakan dengan tayangan-tayangan tsunami yang sebenar di samping bacaan Ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadith yang berkaitan dengan Tsunami.

Tahniah Sekolah Rendah Rimba II!
eah279

Sambutan Jubli Perak

Sekolah Rendah Kiarong telah mengadakan acara penamaan Sekolah Rendah Dato Ratna Awang Haji Mohammad Jaapar, Kiarong bermula pada 18 Oktober - 22 Oktober 2010.