Ahad, 31 Oktober 2010

Pertandingan DRAMA Kumpulan Tunas Mekar Tahun 2010

Sabtu, 30hb Oktober 2010, Pertandingan DRAMA Kumpulan Tunas Mekar(KTM) Senegara 2010, anjuran bahagian Bimbingan dan bakat kerja, Kaunseling. Pertandingan berlangsung di Dewan Raya, RTB. Sebanyak 6 buah sekolah yang layak masuk ke peringkat akhir dalam pertandingan ini.

SR Dato Marsal Brunei 2A menjuarai pertandingan ini denagn Drama yang bertajuk Puteri Betik, manakala ditempat yang kedua ialah dari SR Rimba 1 dengan tajuk Sazali diikuti dengan tempat yang ke-3 ialah SRSH Batu Apoi, Temburong dengan drama yang bertajuk Pelangi Petang. Syabas kepada semua Sekolah-Sekolah yang berjaya...


Tetamu kehormat pada pertandingan itu ialah, Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian pendidikan, Awg Ibrahim bin Hj Abd Rahman.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat kerana sama-sama menjayakan Pertandingan tersebut dengan lancarnya..



 Pelakon Lelaki Terbaik
SR PPSD Sahibul Bandar, Gadong



Tempat Ke-tiga
SR SULTAN HASHIM BATU APOI

Ahad, 24 Oktober 2010

Sesi Perkongsian Ilmu JAPSER BRUNEI III

Sesi Perkongsian Ilmu JAPSER BRUNEI III
JAPSER BRUNEI III telah mengadakan satu sesi perkongsian ilmu (SPI) yang telah berlangsung pada 20 Oktober 2010 bertempat di Dewan Sukma Indera, Sekolah Rendah Rimba II dan anjuran Bahagian Latihan dan Perkembangan, Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang diketuai oleh Cikgu Hj Muhd Nikman bin Hj Muhd Isa, Penolong Guru Besar SR Bendahara Sakam Bunut.

Sesi Perkongsian Ilmu dipengerusikan oleh Cikgu Ayerman bin Hj Kahan, Guru Besar SR Rimba 1 dan telah disampaikan oleh Cikgu Jais bin Ingir, Guru Besar, SR Kg Mata-Mata, Cikgu Fizawati binti Hj Khanafiah, Penolong Guru Besar II, SR Tungku, Cikgu Khadijah binti Hj Gapar, Penolong Guru Besar I, SR Katok A dan Cikgu Azimah binti Hj Ali Ahmad, Penolong Guru Besar II, SR Rimba I. Tajuk penyampaian pada hari tersebut ialah CAFÉ – Compare Arrange Fraction Effectively.

Acara diteruskan lagi dengan cadangan dan maklum balas daripada wakil-wakil JAPSER dan diakhiri dengan Penyampaian CD Sesi Perkongsian Ilmu.

Sesi turut dihadiri oleh Awg Hj Zulkipli bin Hj Ladis, Pemangku Penolong Pengarah dan Hjh Hasnah binti Kula, Pemangku Penolong Pengarah Daerah Brunei III/PPKD Brunei III.









Selasa, 5 Oktober 2010

Majlis Membaca Yassin sempena bulan Ramadhan





Sepertimana kelazimannya setiap kali datangnya Bulan Ramadhan pelbagai aktiviti amal dan keagamaan diadakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan menyemarakkan lagi bulan ini disamping mengambil peluang menggandakan pahala dengan melakukan perkara-perkara yang dianjurkan dalam Islam.
Pada 15 Ramadhan 1431H bersamaan 26 Ogos 2010 ( Khamis ), JAPSER BR III juga tidak ketinggalan mengadakan majlis membaca Surah Yaasin dan Tahlil serta Doanya bagi Sekolah- Sekolah Rendah Kawasan Brunei III yang telah diadakan bertempat di Dewan Sukma Indera di Sekolah Rendah Rimba II, jam 12.30 tengahari. Majlis ini dikendalikan oleh Badan Keagamaan, Kebajikan dan Sosial, Japser Br III yang mana melibatkan Guru-Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar dan juga guru-guru daripada Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III. Majlis ini di khususkan kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan seperjuangan serta muslimin dan muslimat yang telah dulu pergi menemui Ilahi.
Hadir pada majlis tersebut, Yang Mulia Pemangku Penolong Pengarah Daerah Brunei I dan III, Cikgu Hjh Hasnah bt Kula dan juga pegawai-pegawai daripada Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.
Majlis tersebut dimulakan dengan Solat Fardhu Zohor berjamaah kemudian diikuti dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai seterusnya bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta Doanya yang telah dipimpin oleh Ustaz Hj Salleh bin Hj Nasir dan Ustaz Rabbani Maksum bin Hj Rabaee.
Pengerusi Badan Keagamaan, Kebajikan dan Sosial, Yang Mulia Cikgu Hj Nikman bin Hj Isa menyatakan bahawa majlis ini adalah diantara acara tahunan bagi Japser Brunei III disamping dengan adanya majlis sebegini akan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan kerjasama antara guru-guru Kawasan Brunei III.