Selasa, 15 November 2011

PERTANDINGAN KODU BAGI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH KAWASAN BRUNEI III

Sabtu, 12hb November 2011, JAPSER Brunei III telah menganjurkan satu pertandingan ICT bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III bertempat di Dewan Sukma Indera, Sekolah Rendah Rimba II. Tetamu Kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia, Awg Hj Zakaria bin Hj Duraman, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Brunei III, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Pertandingan KODU dimenangi oleh kumpulan RIMBA II WARRIOR dari SR Rimba II. Tempat kedua, Kumpulan BIJAKSANA dari SR Pg Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Kg Mata-Mata dan tempat ketiga ialah Kumpulan DREAMZ KILLER dari SR Rimba I.



Ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Majlis, Cikgu Ayerman bin Hj Kahan, selaku Ketua Badan ICT, JAPSER BrIII (Guru Besar SR Rimba I)





Hakim-hakim Pertandingan Akhir KODU; 
Shahrizal bin Hj Emran, Eddy Fazlin bin Hj Amdan dan Suhaili bin Hj Md Yusof









Kumpulan RIMBA II WARRIOR dari SR Rimba II muncul sebagai juara pertandingan KODU



Isnin, 14 November 2011

Teaching Dynamics "MIB dan Bahasa Inggeris" bagi Guru-Guru Kawasan Brunei III

Isnin, 31hb Oktober 2011, Sekolah Rendah Tungku telah menjadi tuan rumah bagi Teaching Dynamic Brunei III bagi matapelajaran MIB dan Bahasa Inggeris. Hadir pada petang itu ialah Cikgu Hj Awang Hj Abd Ghani, Penyelia Kanan Daerah Brunei III, Guru-Guru Besar dan Penolong-Penolong Guru Besar (JAPSER Brunei III) serta Guru-Guru MIB dan Guru-Guru Bahasa Inggeris kawasan Brunei III.



Pengajaran Melayu Islam Beraja (MIB) telah di sampaikan oleh Guru-Guru MIB dari SR Tungku bertempat di dalam Dewan Sekolah.








Sementara itu Pengajaran Bahasa Inggeris telah di sampaikan oleh Guru-Guru Bahasa Inggeris dari SR Bendahara Sakam Bunut bertempat di Bilik Persidangan SR Tungku






Rabu, 12 Oktober 2011

AKSI bagi Kawasan Brunei III

Khamis, 6hb Oktober 2011, AKSI bagi kawasan Brunei III telah berlangsung di SR Katok A. Tetamu Kehormat pada acara petang itu ialah Cikgu Hj Zulkifli bin Hj Ladis, Pemangku Penolong Pengarah Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Juga hadir ialah JAPSER Brunei III, Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III.

 Acara dimulakan dengan pemanasan badan serta senamrobik dan diikuti dengan berjalan kaki mengelilingi kawasan perumahan Katok A.












Foto: Cikgu Zulkhairi Zainal (SR Katok A)         Cikgu Md Zuno (SR Rimba 1)

Ahad, 9 Oktober 2011

Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil & Penyampaian Derma Anak Yatim Bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Zon Brunei III Bagi Tahun 1432H / 2011M

Khamis, 11 Ogos 2011, Badan Keugamaan, kebajikan dan sosial JAPSER Brunei III, telah mengadakan satu aktiviti berkebajikan iaitu Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil dan Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Kawasan Brunei III. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Haji Zakaria bin Hj Duraman, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Brunei III, Bahagian Pendidikan Rendah , Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai, seterusnya ucapan daripada Pengerusi JAPSER BR III, Yang Mulia Cikgu Ayerman bin Hj Kahan. Majlis diikuti dengan bacaan Surah Yaasin oleh Ustaz serta Tahlil yang diketuai oleh Ustaz Hj Salleh bin Hj Nassir, Guru Ugama SR Tungku.

Seterusnya penyampaian derma kepada anak-anak yatim daripada Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III, yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Seramai 74 orang anak-anak yatim telah menerima sumbangan Derma daripada JAPSER Brunei III serta seluruh warga Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III. Acara pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat.