Jumaat, 6 April 2012

ICT TEACHING DYNAMIC (KONGSISAMA PENGGUNAAN APLIKASI KODU GAME)





Selasa, 27 Mac 2012, Badan Bahagian ICT JAPSER Brunei III, telah menganjurkan Kongsisama Aplikasi KODU Game yang diadakan di Sekolah Rendah Rimba I. Guru-Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar, Ketua-Ketua Pengawas Perkembangan Staf, seorang wakil Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris disetiap sekolah Brunei III telah menghadiri  perkongsian tersebut. Perkongsian Kodu Game telah disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Md Zuno Kartono Bin Haji Ali, Guru  ICT SR Rimba I.

Kodu adalah visual programming language bagi mencipta game seperti Racing Game atau Adventure Game. Konsep dari game ini adalah adanya satu karakter yang dinamakan Kodu. Kodu dapat melakukan sesuatu bila kita memprogramkannya, misalnya untuk berjalan, makan atau lari. Aplikasi Kodu Game yang dihasilkan oleh guru yang kreatif sedikit sebanyak dapat menarik minat murid-murid dalam pembelajaran.

Pada Tahun 2011, Pertandingan Kodu Kali Pertama bagi murid-murid Tahun 6 Sekolah Sekolah Rendah Brunei III telah pun dianjurkan oleh JAPSER Brunei III dimana hasilnya amat membanggakan.

upload by ICT Teacher of SR KG Mata-Mata

0 ulasan:

Catat Ulasan