Pesta Buku Brunei 2011 bermula 26 Februari
Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jan - Dalam usaha untuk meningkatkan dan menanam sikap minat membaca di kalangan orang ramai khususnya kanak-kanak, golongan muda dan belia, Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penggemar buku iaitu Pesta Buku Brunei pada Februari 2011 nanti.Sebanyak 150 gerai diperuntukkan bagi para peniaga yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Pesta Buku Brunei 2011 yang dijadualkan diadakan selama 10 hari bermula 26 Februari hingga 7 Mac 2011 yang akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Pesta Buku itu telah menarik minat pendaftaran lebih dari 20 buah toko buku dari dalam dan luar negeri dengan pesta buku itu dijadualkan dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Dato Paduka Haji Hazair Haji Abdullah pada 26 Februari 2011.
Gerai jualan bagi pesat buku itu nanti akan dibuka setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam kecuali pada hari Jumaat yang dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan dibuka semula dari 2.30 petang hingga 10 malam.
Di samping untuk mengetengahkan pelbagai tajuk buku dan untuk menanam minat membaca di kalangan orang ramai, pesta buku itu juga diserikan lagi dengan pelbagai acara serta kegiatan yang diatur bagi penyertaan orang ramai.
Acara yang diatur termasuk Pelancaran Buku Baru Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peraduan mewarna lukisan, Kuiz Umum, Peraduan Mari Bercerita, Tutur Sastera, Peraduan Menambang Syair dan Mendeklimasi Sajak Merdeka bagi kanak-kanak dan muda mudi.
0 ulasan:
Catat Ulasan