Rabu, 13 April 2011

Sesi Perkongsian Ilmu Tahun 2011

 Dewan Sukma Indera


Pada 2 April 2011 bersamaan dengan 28 Rabiulakhir 1432, berlangsungnya majlis sesi ilmu bagi Japser Brunei III yang bertempat di Dewan Sukma Indera, Sekolah Rendah Brunei III.

Acara pada petang itu dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh Awg Hj Daud HJ Butir dari Sekolah Rendah OKSB Kilanas. Acara seterusnya disambung dengan penyampaian sesi kongsisama ilmu bertajuk "F 100" yang disampaikan oleh Cikgu Hjh Halina Hj Menudin (Guru Besar SR HMJM Kiulap), Cikgu Hjh Taibah Hj Ahmad (Guru Besar, SR Datu Ratna Hj Muhammad, Kiarong), Cikgu Dzulbaharin Hj Sulaiman (Penolong Guru Besar II, SR PPSD Sahibul Bandar, Gadong) dan Cikgu Hjh Siti Mariam Hj Mohd Hashim (Penolong Guru Besar II, SR Rimba II).

 Cikgu Dzulbaharin Hj Sulaiman
(Penolong Guru Besar II, SR PPSD Sahibul Bandar, Gadong)



 
Tetamu Kehormat : 

Cikgu Hj Zulkifli Bin Hj Ladis
Pemangku Penolong Pengarah Rendah

Selasa, 5 April 2011

Kejohanan Badminton JAPSER BR III, 2011


Isnin, 14hb Mac 2011, Jam 2 petang, berlangsungnya acara kejohanan badminton peringkat akhir, bertempat di Dewan serbaguna Sekolah Rendah Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar, Kampung Perpindahan Mata-mata Gadong.



Johan keseluruhan disandang oleh Sekolah Rendah Rimba I. Naib Johan jatuh kepada Sekolah Rendah Kilanas. Manakala tempat ke-tiga disandang oleh Sekolah Beribi Telanai. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Haji Momin Bin Tujoh.


Jumaat, 25 Februari 2011

Pengagihan Bendera Brunei

Isnin, 14hb Februari 2011, Pengagihan bendera-bendera kecil Brunei kepada murid-murid SRPPSDSB oleh Yang Mulia Cg Pg Zaiton Pg Hj Salleh, Guru Besar, SRPPSDSB. Acara dimulakan dengan lagu kebangsaan Brunei dan beberapa lagu-lagu Patriotik.






Ahad, 9 Januari 2011

Pesta Buku 26 Februari

Pesta Buku Brunei 2011 bermula 26 Februari
Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jan - Dalam usaha untuk meningkatkan dan menanam sikap minat membaca di kalangan orang ramai khususnya kanak-kanak, golongan muda dan belia, Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengadakan acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh penggemar buku iaitu Pesta Buku Brunei pada Februari 2011 nanti.
Sebanyak 150 gerai diperuntukkan bagi para peniaga yang berminat untuk mengambil bahagian dalam Pesta Buku Brunei 2011 yang dijadualkan diadakan selama 10 hari bermula 26 Februari hingga 7 Mac 2011 yang akan diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.
Pesta Buku itu telah menarik minat pendaftaran lebih dari 20 buah toko buku dari dalam dan luar negeri dengan pesta buku itu dijadualkan dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Pehin Dato Paduka Haji Hazair Haji Abdullah pada 26 Februari 2011.
Gerai jualan bagi pesat buku itu nanti akan dibuka setiap hari bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10 malam kecuali pada hari Jumaat yang dibuka dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi dan dibuka semula dari 2.30 petang hingga 10 malam.
Di samping untuk mengetengahkan pelbagai tajuk buku dan untuk menanam minat membaca di kalangan orang ramai, pesta buku itu juga diserikan lagi dengan pelbagai acara serta kegiatan yang diatur bagi penyertaan orang ramai.
Acara yang diatur termasuk Pelancaran Buku Baru Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Peraduan mewarna lukisan, Kuiz Umum, Peraduan Mari Bercerita, Tutur Sastera, Peraduan Menambang Syair dan Mendeklimasi Sajak Merdeka bagi kanak-kanak dan muda mudi.

Bangun awal teruja jumpa rakan baru

Bangun awal teruja jumpa rakan baru
Oleh Ak Fairol RMF

Bazla sempat mengukir senyuman ketika memulakan persekolahan.


Qamarul (dua kiri) bersama rakan beliau.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan - Keceriaan kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan jelas terlihat setelah sekolah mula dibuka hari ini termasuk Sekolah Cemerlang Abejess (SECA) di Kampung Katok, Jalan Muara, yang mempunyai lebih 100 murid.
Menurut Guru Besarnya, Angelina Lim, permulaan sekolah nampak berbeza berbanding hari lain dan murid mula merasakan tempat yang lebih menarik. Ada juga yang tidak ingin pergi ke sekolah kerana takut tetapi ia berlaku pada peringkat awal sahaja.
Seorang murid, Bazla, 6, berkata beliau bangun seawal pukul 6 pagi dan sudah mula berpakaian seragam kerana teruja untuk pergi ke sekolah dan bertemu kawan baru.
Bagi murid Tahun Dua, Qamarul, beliau juga rasa seronok pergi sekolah kerana sudah boleh mengira dan membaca di samping menerima wang perbelanjaan.
Brunei membuka lembaran baru dalam pendidikan dengan pelaksanaan Sistem Pendidikan Negara Abad 21 (SPN21) di semua sekolah.
Ia menjadi satu perjalanan dan era baru yang akan ditempuhi dengan fikiran terbuka serta positif dan penuh keyakinan di mana sistem baru itu dihasratkan dapat meningkatkan lagi tahap pencapaian pendidikan di semua peringkat bagi merealisasikan Wawasan Brunei 2035.
Menerusi wawasan itu, negara akan dikenali di seluruh dunia dengan mempunyai rakyat berpendidikan, berkemahiran tinggi dan berjaya, mempunyai rakyat dengan kehidupan berkualiti tinggi serta ekonomi yang dinamik dan berdaya tahan.
SPN21 merupakan sistem pendidikan baru yang diluluskan Kementerian Pendidikan dengan membawa beberapa perubahan amat besar secara berperingkat.
Peringkat peralihan bagi SPN21 bermula dengan pelaksanaan bagi pelajar Tahun 7 2008 yang lulus Penilaian Sekolah Rendah 2007, peringkat rendah pada 2009 dengan perlaksanaan dilakukan untuk pelajar Tahun 1 dan 4 serta pelaksanaan penuh SPN21 di peringkat rendah dilakukan tahun ini.